Sangka PM malaikat tidak bergaji, Ulama UMNO kaitkan PASTI PAS

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Majlis Ulama UMNO menggesa Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak berasa hairan dengan keputusan Perdana Menteri tidak mengambil gaji. 

 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana PAS dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengalami nasib sama.

 

“Pimpinan PAS perlu kasihankan pekerja parti seperti PASTI yang tidak diberi gaji dan elaun kerana mereka diumumkan oleh Pemuda PAS sebagai sukarelawan tanpa redha mereka.

 

“Guru PASTI ini malaikat barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan hanya terbang dengan sayap.

 

“Begitu juga pekerja parti di pejabat PAS yang menerima gaji kecil RM400, RM500 sahaja sebulan. Mereka juga malaikat barangkali,” coretnya di Facebook miliknya hari ini. 

 

Kenyataan Khairuddin itu sebagai timbal balas rasa ingin tahu Timbalan Presiden PAS yang hairan dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji. 

 

Tuan Ibrahim semalam mempersoalkan bagaimana Anwar mendapat wang jika Presiden PKR itu tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang dipegangnya. 

 

Katanya, seorang Rasul pun diberikan peruntukan oleh Allah maka kenyataan Anwar itu kelihatan lebih hebat daripada seorang rasul. 

 

“Mungkin beliau malaikat, beliau tidak makan gaji,” katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat semalam. 

 

Khairuddin berkata isu yang dibangkitkan Tuan Ibrahim wajar menjadi renungan guru PASTI apabila isu gaji dan pendapatan dibangkitkan pemimpin mereka. 

 

“Jadi sindiran Tuan Ibrahim sebenarnya sindiran kepada guru-guru PASTI dan pekerja parti yang atas nama perjuangan mengorbankan gaji mereka.

 

“Jadi guru PASTI sukarela atas nama perjuangan tidak mengambil gaji sebagaimana Perdana Menteri sukarela atas nama keyakinan perjuangan beliau tidak menerima gaji.

 

“Mereka ini yang disindir oleh Tuan Ibrahim. Guru PASTI tidak terasakah?” soalnya.  

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anwar nafi gagal menoktahkan kemiskinan tegar

Next Post

UK didesak tingkatkan sekatan jualan senjata kepada Israel

Related Posts