UK didesak tingkatkan sekatan jualan senjata kepada Israel

Oleh: Tyah Helmi 

 

BANGI, Selasa – Meskipun United Kingdom sudah mengambil beberapa langkah dalam menghentikan jualan senjata kepada Israel, namun semakin ramai mendesak usaha itu dipertingkatkan lagi, kata Ahli Dewan Pertuanan British, Syed Kamall.

 

Kamall berkata, topik mengenai penjualan senjata di Israel kini semakin hangat diperdebatkan di UK selepas tindakan itu dilihat menjadi dorongan perbuatan genosid di Gaza mengakibatkan pembunuhan dan menyebabkan kecederaan terhadap 1420,000 rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lepas.

 

Malah, keganasan Israel telah merebak ke Lubnan apabila serangan negara haram itu membunuh lebih 1,500 orang dan mengakibatkan 4,500 cedera sejak September lalu.

 

Negara barat yang didapati menyumbang senjata kepada Israel adalah Amerika Syarikat (AS), Jerman dan UK dan negara-negara berkenaan berdepan kecaman oleh masyarakat dunia apabila dianggap melanggar undang-undang antarabangsa susulan tingkah laku Israel di Gaza dan Lubnan.

 

Kerajaan UK pada bulan lepas telah menggantung 30 daripada 350 lesen mengeksport senjata api kepada Israel, namun bertegas tidak akan menghentikan sepenuhnya.

 

“Kerajaan (UK) sudah mula bertindak. Mereka menghentikan jualan senjata api. Ada yang berpandangan bahawa usaha ini patut dipertingkatkan lagi, dan sudah tentu ramai lagi yang bersetuju.

 

“Ada juga dalam kalangan media, pemerhati dan ahli politik di Parlimen British menggesa penjualan senjata kepada israel. Tetapi ada juga yang mahu terus sokong Israel,” kata Kamall dalam temubual bersama Anadolu Agency. 

 

Mengulas lanjut, Kamall yang sebelum ini memegang portfolio menteri ketika kerajaan UK terdahulu, turut akui bahawa beliau antara individu yang mahu negaranya itu hentikan jualan senjata kepada Israel.

 

Namun begitu, katanya, terdapat beberapa ahli politik British yang tidak setuju dan mengatakan bahawa jumlah senjata yang dihantar oleh UK kepada Israel tidak sebanyak negara lain.

 

Sejak 2008, UK telah meluluskan lesen eksport bernilai £576 juta kepada Israel yang mana sebahagian besarnya diluluskan pada 2017, demikian menurut data kerajaan UK.

 

Kebanyakan lesen itu adalah berkaitan komponen radar ketenteraan, barangan elektrik dan sistem penerbangan.

 

Pad 2022, UK telah meluluskan lesen eksport berjumlah £42 juta untuk produk ketenteraan, kurang 1% daripada import pertahanan Israel dan jumlah itu menurun kepada £18 pada 2023.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sangka PM malaikat tidak bergaji, Ulama UMNO kaitkan PASTI PAS

Next Post

Penyiar TV Arab Saudi, MBC dikecam kerana label Yahya Sinwar pengganas

Related Posts