Pakar pediatrik gesa Belanjawan 2025 tumpu hospital wanita, kanak-kanak

Oleh Kamil Awang

 

Pakar pembedahan kanak-kanak menggesa Belanjawan 2025 memberi lebih peruntukan kepada kesihatan wanita dan kanak-kanak. 

 

Dr Dayang Anita Abdul Aziz berkata, setiap kementerian wajar mengutamakan kebajikan wanita dan kanak-kanak berbeza dengan belanjawan sebelumnya.  

 

“Saya harap Belanjawan 2025 tidak mengasingkan wanita dan kanak-kanak seperti belanjawan  terdahulu. 

 

“Untuk sektor kesihatan, saya harap Bank Negara bantu supaya insurans kesihatan meliputi semua kes-kes kongenital,” katanya kepada TV Pertiwi. 

 

Kongenital merupakan penyakit atau keadaan fizikal seseorang yang dialami sejak lahir. 

 

Sebagai pakar pembedahan kanak-kanak, Dr Dayang Anita sering memperjuangkan agar Malaysia mampu mengasingkan hospital pakar wanita dan kanak-kanak. 

 

Katanya, penumpuan itu penting agar doktor dapat menumpukan kepada kepakaran bidang khusus. 

 

“Saya harap penekanan diberikan untuk pembinaan perkhidmatan hospital khas untuk kanak-kanak bukannya hospital wanita dan kanak-kanak.

 

“Ini supaya rawatan untuk kanak-kanak lebih terbela dan mampu berkembang setanding negara maju. 

 

“Sektor kesihatan yang maju mampu menjana pendapatan untuk negara,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

#Belanjawan2025 #DayangAnita #kesihatan #pediatrik

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Guru bukan Islam di Sabah boleh belajar, ajar Jawi

Next Post

Purata dua kes kanak-kanak hilang sehari, 770 kes setahun direkodkan – KDN

Related Posts