Cuti hujung minggu: Hassan nafi dakwaan pindah Kelantan

Oleh: Tyah Helmi

 

BANGI, Isnin –  Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menepis dakwaan kononnya beliau sedia untuk pindah ke Kelantan disebabkan pertukaran cuti hujung minggu di Johor.

 

Perkara itu disahkan Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang semalam menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook pada Ahad.

 

Dalam satu kenyataan di Facebook, Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang pada Ahad berkata, berhubung kenyataan Hassan Karim mahu pindah dan tinggal di Johor adalah palsu. 

 

Menurutnya, Hassan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tegas untuk setia bersama rakyat yang mengangkatnya menjadi wakil rakyat serta negeri itu.

 

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan menerusi laman rasmi Hassan Abdul Karim, bukan di mana-mana blog atau page yang tidak berkaitan,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, beliau tampil menjelaskan bahawa kenyataan yang pada sebelum ini adalah sebuah pandangan dengan tanpa niat untuk mencabar sesiapa. 

 

Tegasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen beliau kekal menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 

 

Sebelum ini, media melaporkan  bahawa Hassan Karim pernah menyatakan bahawa tindakan menukar cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad adalah seakan mengikut jari telunjuk dan gaya orang barat yang merupakan penjajah negara ini pada ketika dahulu. 

 

Katanya, hari Jumaat merupakan hari yang mulia dalam Islam dan mempunyai pengertian  bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. 

 

Pada 7 Oktober lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negerinya bakal ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan. 

 

Sumber: FB Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel serang hospital, cetuskan kebakaran besar-besaran

Next Post

Lepas UTAR, UMNO desak hapus cukai kolej lain

Related Posts