Keganasan Israel seolah-olah tiada kesudahan apabila tiga lagi rakyat Palestin disahkan syahid manakala 40 cedera dalam serangan terbaru awal pagi tadi.
Menurut laporan Aljazeera, tentera negara Israel menggunakan jet pejuang untuk mengebom pekarangan hospital Al-Aqsa di Deir el-Balah yang terletak di wilayah tengah Gaza.
serangan itu menyebabkan kebakaran besar-besaran di kawasan perkhemahan yang menempatkan mayat dan rakyat Palestin yang cedera.
Bagaimanapun, Israel cuba mempertahankan tindakan kejam itu dengan mendakwa pekarangan hospital itu menjadi pusat kawalan bagi Hamas.
Mereka mendakwa, Hamas menggunakan hospital untuk menjalankan operasi mereka menyebabkan tentera Israel mengebom rakyat yang tidak berdosa serta infrastruktur awam.
Malah, tiada bukti dikemukakan untuk menyokong dakwaan tersebut.
Setakat hari ini, jumlah kematian rakyat Palestin mencecah 42,227 orang manakala 98,464 lagi dilaporkan cedera sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
#TVPertiwi
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi