Oleh : Nur Arrish
BANGI, Jumaat – “Ketika kanak-kanak seperti kami disembelih, apakah yang kamu lakukan untuk menghentikannya?”
Itulah mesej yang cuba dibawa oleh satu video yang baru diterbitkan oleh aktivis Palestin mengenai setahun genosid di GAz4.
Satu persoalan yang melambangkan sindiran kepada pihak yang hanya melihat tanpa berbuat apa-apa menghentikan pembunuhan lebih 16,000 kanak-kanak di Gaz4 yang tidak berdosa.
Setakat ini seramai 42,065 syahid, 16,000 daripadanya adalah kanak-kanak, manakala 97, 886 lagi cedera mengikut statistik terkini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.
Klip itu menunjukkan dunia memperingati Gaza dalam satu upacara di muzium dan dalam.
Kanak-kanak dalam video itu bertanya kepada datuk dan nenek mereka, “Apa yang anda lakukan semasa pembunuhan beramai-ramai ini?”
Jawapan daripada nenek dan ibu mereka hanyalah – menundukkan kepala tanda malu melihat imej kanak-kanak Palestin yang terbunuh dan menderita.
Video yang berakhir dengan mesej pudar berbunyi -“Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh I5r43l membunuh rakyat Palestin” kepada, “Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel yang membunuh manusia.”
Ia turut dikongsi ramai pemimpin politik di Turki termasuk Presiden Tayyip Recip Erdogan. – Sumber : Palestine International Broadcasting
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Klik – http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#Video #Palestin #syahid #genosid