MESIR, 17 Rejab – Syeikh Agung Al-Azhar As-Syarif, Prof. Dr. Syeikh Ahmad Muhammad al-Thayyib menggesa dunia antarabangsa untuk segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin yang kini berdepan dengan kesulitan besar akibat konflik yang berterusan.
Disebabkan gencatan senjata akan berkuat kuasa Ahad ini, beliau menekankan bahawa bantuan tersebut amat penting bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin, terutamanya di Gaza.
Mereka kini masih dan sedang menghadapi serangan yang menyekat aliran bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain.
Syeikh Ahmad al-Thayyib turut menyeru agar negara-negara muslim dan masyarakat antarabangsa bersatu untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin dalam menghadapi cabaran ini.
Beliau yakin keberanian rakyat Palestin dan perjuangan mereka melawan penjajahan akan dicatat dalam sejarah dengan penuh kebanggaan dan kehormatan.
“Pengorbanan para syuhada Gaza akan kekal terpahat dalam sejarah perjuangan rakyat menentang kezaliman.
“Kami menyeru semua insan yang bermaruah di dunia untuk menggerakkan usaha bantuan bagi menyokong rakyat Palestin melalui penghantaran segera konvoi bantuan perubatan dan kemanusiaan serta mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan mangsa yang cedera dan terjejas secepat mungkin,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: