Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Khamis – Mulai 1 Oktober, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melibatkan seramai 68 orang gurunya untuk terlibat secara langsung di dalam program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service dan Business Holding (GISBH) yang sedang mendapat perlindungan pihak berkuasa.
Berdasarkan kenyataan media hari ini, KPM bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan program pendidikan yang dirangka khusus bagi memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak yang terlibat bagi mengelakkan keciciran pembelajaran.
“Bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program ini menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA),” katanya.
“Kit ini memberi penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi,”
Difahamkan, modul yang digunakan itu akan menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri serta memupuk keseimbangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial, intelek (JERSI).
“Sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara positif dan seterusnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran baharu.
Dengan itu, KPM komited untuk memastikan kanak-kanak yang terlibat mendapat peluang pendidikan yang terbaik dan tidak terpinggir.
Terdahulu di dalam Operasi Global, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 400 kanak-kanak di sekitar 18 rumah amal di Selangor dan dua lagi di Negeri Sembilan yang dikatikan dengan kumpulan Global Ikhwan Services and Business (GISBH).
Sumber: Kenyataan Media KPM
#KPM #GISBH #GURU #PENDIDIKAN #Ikhwan
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi