Oleh : Wartawan TV Pertiwi
BANGI, Khamis – Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah bersetuju untuk mencapai gencatan senjata dengan Israel sejurus sebelum beliau dibunuh dalam serangan udara rejim Zionis di Beirut.
Memetik laporan agensi berita Anadolu, Menteri Luar Lubnan, Abdallah Bou Habib, berkata pihak Lubnan bersetuju dengan gencatan senjata tersebut.
“Beliau (Hassan) bersetuju. Ya, pihak Lubnan bersetuju,” kata Bou Habib.
“Kami berunding dengan Hezbollah, [Speaker Parlimen Lubnan Nabih] Berri berunding dengan Hezbollah dan kami memaklumkan kepada wakil Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.”
Memetik Awani Pada 24 September lalu, kenyataan bersama dikeluarkan oleh 12 negara dan organisasi, termasuk Amerika Syarikat dan Perancis menggesa gencatan senjata sementara antara Israel dan Heizbvll4h bagi memudahkan urusan diplomatik.
Sebaliknya Hassan dibunuh apabila serangan udara Israel menyasarkan pinggir selatan Beirut pada 27 September selain meragut ratusan nyawa orang awam.
#Lubnan #beirut #HassanNasrallah #serangan
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.