Bekas pegawai kanan Israel bimbang generasi muda ramai sokong genosida

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 7 Rejab — Seorang bekas pegawai kanan Israel bimbang trend generasi muda negara haram itu lantang menyokong pembunuhan beramai-ramai. 

 

Alon Liel berkata pendirian itu bercanggah dengan golongan lebih berusia yang mahukan perdamaian, lapor Al-Jazeera.

 

“Mereka berpandangan tiada jalan lain kecuali perang dan ini suara majoriti terutama generasi muda hari ini. 

 

“Generasi muda kini berkata mereka tidak mahu keamanan. Mereka mendakwa tidak mendapat faedah daripada keamanan,” katanya. 

 

Liel berkata pendirian golongan muda itu sangat berbahaya dan penularan pemikiran itu perlu ditentang secara meluas. 

 

Katanya, pemikiran itu tidak harus bercambah bukan sahaja di Israel malah negara lain di dunia demi membantah pembunuhan beramai-ramai. 

 

Bekas ketua pengarah Kementerian Luar Israel itu berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga dilihat semakin hilang arah selepas gagal menewaskan Hamas. 

 

“Warga Israel agak terkejut kekuatan ketenteraan mereka semakin bertambah. Mereka pada mulanya berasa perang berlanjutan satu atau atau dua bulan tetapi tidak,” katanya.

 

Beliau berkata Netanyahu bukan sahaja gagal memerangi Hamas tetapi tidak mampu membebaskan tahanan yang kini berada di Gaza.

 

Katanya, ramai yang melihat jika pertukaran tahanan berjaya dilakukan maka ia mampu menumbangkan kerajaan Netanyahu.

 

“Sebarang pertukaran tahanan dalam penjara mungkin menumbangkan kerajaannya. Jadi beliau cuba melengahkan masa.

 

“Beliau tidak akan membiarkan Hamas dan penyokong bergembira di Gaza apabila tahanan dikembalikan dan menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan.” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tuduh PM, kerajaan sembunyi Titah Adendum tidak berasas – AMK

Next Post

Senator AS kecam rancangan Joe Biden jual senjata RM36 bilion ke Israel

Related Posts