Oleh : Nur Arrish
BANGI, Isnin – 50 nyawa terkorban setakat ini, manakala 300 lagi cedera apabila Isr431 meneruskan serangannya secara pengeboman dahsyat di Lubnan dengan 323 serangan udara bertalu-talu di 45 lokasi sasaran.
Angka itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, terbabit dalam serangan sejak pagi tadi.
Turut terbunuh ialah kanak-kanak, pasukan paramedik dan wanita.
Terdahulu, Israel berkata ia menyasarkan 300 sasaran di seluruh Lubnan hari ini.
Penduduk di selatan Lubnan menerima panggilan telefon memerintahkan mereka meninggalkan kediaman atau lokasi yang digunakan Hizbvllah secepat mungkin.
Pada masa yang sama, Menteri Kesihatan Lubnan mengarahkan semua hospital di selatan dan timur negara itu untuk menghentikan sebarang pembedahan yang tidak penting.
Ia bagi membolehkan rawatan diberikan kepada pesakit yang terbabit dalam serangan terkini tentera Z10n15. – Sumber : Al-Jazeera
Pemerhati geopolitik menyifatkan ia serangan udara paling terbesar sejak konflik Israel-Lubnan.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi