Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Rabu – Menteri Pertahanan Yoav Gallant dipecat serta merta oleh Perdana Menteri Negara Israel, Benjamin Netanyahu kerana tidak lagi mendapat keyakinan untuk meneruskan jenayah gen0sid dan pembunuhan ke atas Gaza.
Berdasarkan kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri Israel, perkhidmatan Gallant ditamatkan selepas Netanyahu semakin keyakinan kepada Menteri Pertahanannya itu semakin terhakis sejak beberapa bulan lalu.
Menurut kenyataan itu, Netanyahu mengakui secara terbuka bahawa hubungannya dan Gallant semakin retak dan tidak lagi sehaluan.
Susulan itu, Netanyahu melantik rakan sekutunya, Israel Katz yang kini menyandang Menteri Luar bagi menggantikan kedudukan Yoav sebagai Menteri Pertahanan manakala Gideon Saar pula menjadi Menteri Luar negeri Isr4el yang baru.
Memetik Al Jazeera, tindakan pemecatan dan pelantikan tersebut turut mencetuskan siri kemarahan dan bantahan oleh seluruh rakyat haram Isr4el.
Dalam beberapa jam selepas kenyataan pemecatan Gallant, ribuan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Isr4el bertindak berkumpul di hab komersial Isr4el di Tel Aviv dan membentuk bantahan besar-besaran sehingga menghalang beberapa lebuh raya utama bandar tersebut.
Suasana bantahan semakin meruncing apabila kebanyakan daripada mereka mula menghidupkan unggun api yang marak dan ratusan penunjuk perasaan turut berhimpun di kawasan pekarangan kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis.
Penunjuk perasaan di luar kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis dan menjerit “malu!” manakala, di Tel Aviv, orang ramai menyekat lebuh raya utama manakala keluarga tebusan yang ditahan di Gaza melaungkan “Bibi adalah pengkhianat,” merujuk kepada nama panggilan Perdana Menteri itu.
Pada perkembangan yang sama, Gallant turut menegaskan dalam hantaran di aplikasi X berkata ‘ keselamatan Isr4el adalah dan akan sentiasa menjadi misi seumur hidup saya,”
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI