Guan Eng tuntut saksama mangsa bah Pulau Pinang diberi RM1,000

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

DAP menggesa kerajaan persekutuan berlaku adil dengan menyalurkan wang bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

 

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata permintaan itu antara yang disuarakan mangsa banjir di negeri itu agar mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Ada satu permintaan kecil daripada mangsa banjir di Pulau Pinang.

 

“Kalau Perdana Menteri boleh luluskan RM1,000 untuk mangsa banjir di Kedah harap boleh luluskan RM1,000 untuk semua keluarga di negeri ini juga,” katanya.

 

Lim berkata demikian ketika berucap di Konvensyen DAP Pulau Pinang seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette.

 

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Khamis mengumumkan mangsa banjir di Kedah akan mendapat bantuan awal RM2,000 setiap keluarga.

 

Menteri Besar Kedah itu berkata kerajaan negeri akan menyalurkan RM1,000 manakala selebihnya disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi #banjir #Pulau Pinang #GuanEng

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel serbu, tutup pejabat Al-Jazeera

Next Post

Lepas ahli GISB jika terbukti tidak bersalah, kata Sanusi

Related Posts