RABU, 26 JANUARI – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pendaftar Muallaf Negeri Selangor berusaha untuk mengembalikan status penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membatalkan rayuan mereka sebelum ini.
Namun kes itu ditangguhkan Mahkamah Rayuan bagi menunggu satu lagi kes serupa yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan esok.
Haniff Khatri Abdulla, Peguam MAIS berkata :
“Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan MAIS yang membuat rayuan untuk mengembalikan semula agama asal lima kanak-kanak – Yang dibuat oleh bapa mereka – Kepada Islam,”
Peguam MAIS, Haniff Khatri Abdulla memaklumkan kepada mahkamah bahawa akan ada kes penukaran agama sebelah pihak yang sama di Mahkamah Persekutuan esok dan persoalan undang-undang yang sama akan dibangkitkan.
Ketiga-tiga remaja itu berusia antara lapan dan 13 tahun apabila bapa mereka menukar agama mereka di sebuah masjid di Batu Muda, Gombak pada 16 Mac 2015.
Ibu mereka yang bukan beragama Islam – Yang telah bercerai – Mendakwa dia tidak dirundingi mengenai pertukaran anak mereka kepada Islam. Kanak-kanak terbabit juga mendakwa mereka tidak bersetuju untuk memeluk Islam.