Jangan buat spekulasi kes pukul pemandu e-hailing OKU – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

BANGI, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kes membabitkan seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) dipukul pegawai pengiring orang kenamaan (VVIP) masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 

Menurut laporan media, Anwar berkata, beliau secara peribadi turut mengikut perkembangan kes itu dan menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

 

Ujarnya, kes itu akan diputuskan oleh pendakwa raya (AG) untuk tindakan seterusnya.

 

“Siapa kata kes ditutup? Proses (siasatan) mengambil masa. Saya sendiri mengikuti perkembangan kes ini.

 

“Kadang-kadang kita (cepat) menghukum sebelum siasatan atau sebelum tahu keputusan siasatan yang dirujuk kepada AG yang akan memutuskan sama ada ia didakwa atau tidak berdasarkan fakta,” katanya seperti dipetik laporan Berita Harian hari ini.

 

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kariah Masjid Darussalam Puchong pada Jumaat.

 

Pada awal bulan ini, mangsa, Ong Ing Keong menyerahkan memorandum kepada Anwar selepas tiada tindakan diambil berhubung kes tersebut.

 

Pada 28 Mei lalu, Ong didakwa diserang seorang pengiring orang kenamaan ketika mengambil penumpang di sebuah hotel di ibu negara.

 

#TvPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fasa Peralihan Monsun bermula 24 September depan

Next Post

Pelancongan domestik meningkat 23.8% pada Q2 2024

Related Posts