Sanusi umum mangsa banjir Kedah diberi RM2,000 setiap keluarga

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan mangsa banjir di negeri Kedah akan diberikan wang bantuan awal RM2,000 setiap keluarga. 

 

Menteri Besar Kedah itu berkata RM1,000 hasil sumbangan kerajaan negeri manakala selebihnya wang ihsan daripada kerajaan persekutuan.

 

“Kerajaan negeri akan memberikan Bantuan Komuniti Sejahtera sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

 

“Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara pula sebanyak RM1,000 yang akan disalurkan kepada semua KIR yang berpindah ke PPS.

 

“Saya ingin menasihatkan semua individu yang terbabit agar mematuhi setiap arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah ke PPS,” katanya. 

 

Sanusi berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri dan daerah akan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh bencana untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.

 

Katanya, ibu bapa dikehendaki mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak sebarang kejadian yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.

 

“Kegagalan untuk berpindah ke PPS atau mematuhi prosedur yang diarahkan akan menyebabkan mangsa tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan.

 

“Ini adalah ujian daripada Allah. Banyakkan berdoa supaya keadaan tidak lebih mudarat dan dipermudahkan urusan bagi kita semua,” katanya. 

 

Setakat 2 petang tadi, sebanyak 29 PPS dibuka di tujuh daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Bandar Baharu, Kulim dan Kuala Muda.

 

Seramai 3,835 mangsa dengan 1,137  keluarga ditempatkan di kesemua PPS berkenaan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi #banjir #Kedah #Sanusi #bantuan 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Putra sokong PN, tolak MoU peruntukan pembangkang kerana menghina Ahli Parlimen

Next Post

Isu pegawai JAKIM: tiada perjawatan baharu, kata sepakat dicapai

Related Posts