Alasan dangkal, patutnya montaj pendeklah kena utamakan identiti negara

Oleh Siti Fatimah Ishak

 

BANGI, 9 Rejab – Alasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang kononya tidak mempamerkan elemen masjid dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) kerana ia versi pendek dan ringkas sungguh dangkal dan naif. 

 

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, montaj yang paling pendeklah identiti negara mesti diutamakan, bukan identiti minoriti. 

 

“Tidakkah Menteri ini membaca Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1970 (DKK).

 

“DKK begitu jelas mengungkapkan apa jua jenis pertunjukan budaya negara, identiti negara, Islam dan Melayu mesti diutamakan. 

 

“Kenapa ada pemimpin yang amat jahil tidak tahu perkara asas ini. Inikah bentuk pemimpin negara yang kita ada,” soalnya. 

 

Lebih menjengkelkan, selepas dikritik dan dikecam – menteri ini bukan meminta maaf, malah mempertahankan lagi tindakan tersebut. 

 

“Wahai pemimpin negaraku, bersuaralah, bertindaklah. Perkara seperti  ini sudah menjadi tersangat melampau. 

 

“Ini bukan pertama kali, malah sudah berkali-kali,” katanya. 

 

Video montaj TMM 2026 terus dikecam pelbagai pihak dan ramai yang menggesa MOTAC menarik balik video berkenaan. 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Persoal ketiadaan imej masjid, identiti Islam bukan tindakan ekstrimis – Lukman

Next Post

Aktivis Palestin jual ‘Gaza Cola’ mahu bina semula hospital musnah

Related Posts