SPRM cadang larangan pegawai Imigresen di KLIA guna telefon bimbit

Oleh: Wartawan TV Pertiwi 

Bangi, Rabu – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mencadangkan supaya mewujudkan satu larangan terhadap pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada menggunakan telefon bimbit bagi mengelak daripada dihubungi pihak lain. 

 

“Cadangan SPRM supaya pegawai yang bertugas di Terminal 1 dan 2 KLIA termasuk penyelia tidak dibolehkan membawa telefon bimbit ketika bertugas bagi mengelakkan mudah dihubungi pihak lain.”

 

Ujar Azam Baki, perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan yang akan dikemukakan kepada pihak JIM. 

Katanya lagi, cadangan sebegitu adalah bagi mengekang kelemahan operasi penguatkuasa JIM yang bertugas di pintu masuk negara. 

 

Jelasnya, kelemahan yang dilihat pada pegawai-pegawai berkenaan diyakini boleh membuka ruang kepada pihak sindikat membawa masuk warga asing melalui pintu masuk udara negara menerusi modus operandi ‘laluan kaunter khas’. 

 

“Selain itu, perlu diwujudkan jaringan perhubungan komunikasi lain sepanjang anggota JIM bertugas di pintu masuk KLIA,” katanya ketika sidang akhbar di Putrajaya hari ini. 

 

Difahamkan, cadangan yang diutarakan oleh Azam Baki adalah kerana wujudnya beberapa perkara atau masalah utama yang menyebabkan berlakunya kes ‘laluan kaunter khas’ yang dilakukan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. 

 

Selain itu, terdapat kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas sehingga menyebabkan pegawai imigresen di KLIA mudah didekati oleh ejen atau sindiket berkenaan. 

 

Sumber: Sinar Harian 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

 

#TVPertiwi #SPRM #Imigresen 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MOU, cubaan licik diamkan suara pembangkang – Peguam

Next Post

Ambil iktibar, Sultan Pahang titah segera akhiri kemelut GISB

Related Posts