MOU, cubaan licik diamkan suara pembangkang – Peguam

Oleh : Nur Arrish 

BANGI, Rabu – Terlalu banyak kesan negatif yang bakal timbul sekiranya mana-mana ahli Parlimen atau Ahli Dewan Rakyat menyertai Memorandum Persefahaman, MOU  yang diusahakan oleh kerajaan Madani.

 

Malah ia mampu dilabel sebagai tidak berperlembagaan.

 

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata perkara paling mustahak yang dipikul oleh seorang ahli Parlimen bukannya semata-mata dasar partinya tetapi jauh lebih utama aspirasi pengundi rata-rata Rakyat yang meletakkannya di kerusi Parlimen.

 

 “Suara rakyat suara keramat kata orang yang kini cuba padamkan suara itu.

 

“Tidak keterlaluan untuk dinyatakan juga bahawa tujuan MOU ini diperkenal adalah untuk ‘muzzle the opposition’. Cubaan secara licik untuk mendiamkan suara pembangkang. Acap kali kita lihat perkara ini berlaku.”

 

Tambah Rafique lagi, memasukkan limitasi atau had bagi perkara-perkara yang boleh dibahas atau diucap semasa dalam sidang (yang mana hak ini terjaga dari segi kekebalan)  adalah satu perbuatan yang harus dilawan habis-habisan oleh mana-mana Ahli Parlimen tidak kira daripada blok Pembangkang, kerajaan mahu pun yang berkecuali.

 

“Sifirnya mudah. Mana-mana Ahli Dewan Rakyat ( ADR) bukan sahaja membawa suara partinya tetapi hasrat dan niat pengundinya. Bukan semua rakyat boleh ada hak bersuara dalam sidang, hanya yang dipilih sahaja melalui pilihan raya. Kalau itu pun hendak ditutup dan dihalang, baik gugur sahaja pilihan raya jadi diktator,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

 

Menurut Rafique MOU yang kini berlegar di media sosial dari semalam tidak mendapat penafian ketulenannya dari mana-mana wakil kerajaan, maka itu kata beliau, ia adalah benar termasuk syarat-syarat yang dinyatakan.

 

Tambahnya, tempoh kuat kuasa yang jelas merujuk kepada tempoh kuasa Perdana Menteri ke-10 dan Kerajaan campuran.

 

Sumber :  FB Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

#TVPertiwi #MOU #ahli parlimen #pembangkang #kerajaan 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Kami sangsi dengan MoU, adakah ini satu ugutan kepada Ahli Parlimen?” – Takiyuddin

Next Post

SPRM cadang larangan pegawai Imigresen di KLIA guna telefon bimbit

Related Posts