Rusia, NATO akan berperang jika Ukraine dibenarkan guna senjata jarak jauh – Putin

Vladimir Putin memberi amaran kepada negara Barat untuk tidak membenarkan Ukraine guna senjata jarak jauh terhadap Rusia dalam peperangan antara dua negara itu.

 

Presiden Rusia itu berkata, sekiranya ia dibenarkan, ini bermakna  negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan berperang dengan Rusia.

 

“Ini akan memberi mengubah ‘sifat’ konflik tersebut. Ini bermakna negara NATO, Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah sedang berperang dengan Rusia.

 

“Dan jika ini berlaku, ketahuilah perubahan intipati konflik ini, kami akan buat keputusan sewajarnya berdasarkan ancaman terhadap negara ini,” katanya ketika ditemu bual media Rusia pada Khamis.

 

Kenyataan Putin itu dibuat menjelang pertemuan antara Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri British, Keir Starmer di Washington, DC pada Jumaat yang mana kedua-dua pemimpin itu dijangka akan membincangkan sama ada untuk membenarkan Ukraine menyerang Rusia.

 

Ini kemungkinan akan menjadi pertemuan terakhir antara pemimpin British dengan Biden sebelum Presiden AS itu meletakkan jawatan menjelang pilihan raya AS yang pada November depan.

 

Kamala Harris dilaporkan akan mewakili parti Democrat untuk bertanding menentang bekas Presiden, Donald Trump yang mewakili parti Republikan.

 

Sebelum ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky beberapa kali meminta supaya larangan bantuan senjata jarak jauh dibatalkan supaya tentera Ukraine boleh mensasarkan lapangan terbang, depot senjata dan pusat pentadbiran di Rusia.

 

Dalam laporan media antarabangsa sebelum ini, Trump ketika berdebat dengan Harris pada awal minggu ini menegaskan untuk tidak akan memilih pihak dalam peperangan Rusia-Ukraine.

 

#TvPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin gereja mengaku tidak bersalah kes penderaan seksual, pemerdagangan manusia

Next Post

Anwar gesa JAKIM segera siasat, nasihat GISB

Related Posts