UMNO tidak lagi pejuang bangsa, negara dan agama – Tun Mahathir

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Matlamat UMNO pada hari ini bukan lagi memperjuangkan bangsa, negara dan agama, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Dalam ciapan di X hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, matlamat parti itu kini hanyalah untuk selamatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari dihukum.

 

Beliau berkata situasi UMNO sekarang amat berbeza apabila parti itu dahulu mendominasi Barisan Nasional dan mempunyai wakil rakyat terbanyak.

 

Bagaimanapun, kini tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak parti itu.

 

Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP. 

 

“Parti yang gagalkan Malaysian Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia, sudah jadi pengikut PKR, DAP dan alat Zahid,” katanya sambil mengucapkan syabas kepada parti itu. 

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel tawar laluan keluar selamat untuk Yahya Sinwar

Next Post

Yusoff Rawther tidak mengaku salah edar dadah, dakwa dianiaya

Related Posts