Israel tawar laluan keluar selamat untuk Yahya Sinwar

Oleh : Nur Arrish

Ketua Biro Politik H4ma5,  Y4hya Sinw4r dilaporkan ditawarkan laluan selamat untuk keluar dari Gaz4 sebagai pertukaran dengan tahanan I5r43l yang ditawan pejuang H4mas.

 

Israel mencadangkan memberi laluan selamat keluar dari Gaza kepada Sinwar sebagai pertukaran kepada  kumpulan itu bagi  membebaskan tebusan yang di dalam tawanannya.

 

El Arabiya yang memetik Bloomberg berkata, seorang pegawai Israel yang enggan dinamakan mengesahkan perkara itu, pada ketika persetujuan gencatan senjata masih belum mencapai sebarang keputusan.

 

 

“Saya bersedia untuk memberikan laluan selamat kepada Sinwar, keluarganya, sesiapa sahaja yang mahu menyertainya,” kata utusan tahanan I5r43l,  Gal Hirsch dalam satu wawancara di Biro Bloomberg News di Washington.

 

“Kami mahu tebusan kembali. Kami mahu demilitarisasi, de-radikalisasi sudah tentu – sistem baharu yang akan menguruskan Gaza.”

 

Hirsch berkata dia meletakkan tawaran laluan selamat di atas meja sehari setengah yang lalu dan enggan menyatakan respons setakat ini.

 

Beliau mengulangi bahawa Israel juga akan bersedia untuk membebaskan tahanan yang dipegangnya sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian.

 

Hirsch menyifatkan tawaran itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghasilkan penyelesaian baharu memandangkan prospek gencatan senjata kelihatan semakin malap.

 

Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir sedang berusaha untuk membentangkan cadangan gencatan senjata baharu kepada Israel, tetapi Hirsch mendakwa Hamas setakat ini berusaha untuk menentukan syarat dan bukannya berunding.

 

Tidak jelas sama ada Hamas akan menerima cadangan untuk Sinwar meninggalkan Gaza, terutamanya memandangkan sejarah operasi Israel yang menyasarkan pemimpin Hamas di luar negara.

 

Israel mendakwa tidak bertanggungjawab atas pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh pada 31 Julai di Tehran, sebaliknya Iran mengatakan pembunuhan itu adalah hasil tangan Israel.

 

Haniyeh terbunuh dalam letupan bom di rumah tetamu di Tehran.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

 

#TVPertiwi  #Hamas  #YahyaSinwar  #Gaza

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Teresa Kok sah tuntut RM25 juta, Akmal Saleh ajak semuka di Mahkamah

Next Post

UMNO tidak lagi pejuang bangsa, negara dan agama – Tun Mahathir

Related Posts