Pemandu Singapura ‘hutang’ denda trafik RM1juta

BANGI, Rabu – Pemandu kenderaan Singapura membentuk majoriti pesalah trafik asing di Malaysia dengan denda trafik tertunggak berjumlah anggaran RM3.5 juta (SD$1 juta).

Sejak tahun 1990 hingga Jun 2024, terdapat hampir 41 juta saman trafik tertunggak, dengan anggaran nilai RM4 bilion (SD$1.2 bilion), yang tidak dibayar, lapor Utusan Malaysia, seperti dipetik Malay Mail.

Memetik Mothership.sg Daripada jumlah itu, sejumlah 51,128 saman, berjumlah sekitar RM5.1 juta (SD$1.5 juta), melibatkan pemandu dari negara luar seperti Singapura, Brunei dan Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Mohd Yusri Hassan Basri berkata notis  akan dikeluarkan kepada pesalah trafik untuk memaklumkan denda tertunggak mereka.

Tambahnya denda yang tidak dibayar oleh pesalah trafik asing membabitkan enam kesalahan utama :

Memandu lampu merah

Memandu di lorong kecemasan

Memotong pada garisan berkembar

Menggunakan peranti komunikasi atau telefon semasa memandu

Memotong barisan

Memandu laju

Pemandu yang tidak membayar denda boleh disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JSPT juga dilaporkan merancang untuk mempergiatkan Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pesalah trafik asing apabila mereka masuk atau keluar dari Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kronologi mayat wanita tanpa kepala ditemukan

Next Post

Peningkatan mendadak warga China membimbangkan

Related Posts