BANGI, Sabtu – Peningkatan mendadak warga China di Kuala Lumpur. harus dipandang serius oleh semua pihak termasuklah pembuat dasar dalam kerajaan, pelaksana dasar, ahli legislatif, penggerak badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh masyarakat.
Sekretariat Belia Gerakan Pembela Ummah, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, impaknya pada masa hadapan amat membimbangkan.
Tambah beliau, perkembangan itu bakal memperlihatkan kesan yang amat ketara terhadap isu miskin bandar, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Kemasukan lebih ramai warga China akan meningkatkan lagi kos pembelian rumah, kenaikan mendadak harga hartanah, peningkatan kadar kepadatan penduduk, persaingan dahsyat dalam mencari peluang pekerjaan dan akses yang semakin mencabar terhadap perkhidmatan sosial.
“Selain itu, kumpulan tertentu daripada China yang mempunyai modal besar dan penguasaan perniagaan ke atas pasaran tertentu juga akan mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara serta membawa jurang ekonomi antara kaum yang semakin parah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar Financial Time yang menyatakan, dalam tempoh tiga tahun kebelakang ini jumlah warga China yang menetap di Malaysia telah meningkat hampir dua kali ganda.
Pengarah di Institut Kajian China di Universiti Malaya, Ngeow Chow Bing mendedahkan, kini terdapat 150,000 hingga 200,000 warga China di Malaysia, berbanding kira-kira 82,000 pada 2022.
Beliau dalam satu kenyataan pada Khamis memetik kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, pada Mac 2024 yang lalu, menyatakan rakyat China adalah pemegang pas aktif Malaysia My Second Home (MM2H) tertinggi, iaitu seramai 24,765 orang manakala diikuti dengan warga Taiwan sebanyak 1,000 lebih.
Faizzudin juga melampirkan laporan The Straits Times, semakin ramai warga China berminat untuk membeli rumah mewah di Malaysia, khususnya di kawasan utama Kuala Lumpur seperti Bukit Damansara, Bangsar, dan Kenny Hills pada tahun ini.
Warga China yang ingin membeli hartanah di Malaysia meningkat dengan amat ketara iaitu sebanyak 42% pada suku pertama 2024 berbanding suku sebelumnya.
Beliau juga berkongsikan data lain iaitu pada tahun 2022, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaporkan lebih 1.2 juta pelancong China tidak keluar Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 dengan segelintir daripadanya direkodkan berkahwin dengan warga tempatan.
Dari sudut miskin bandar, Faizuddin berkata pada bulan April 2024 yang lalu, Mohd Azizan Zainal Abidin, pengasas kumpulan sukarelawan Food For Gelandangan (FFG) berkata dakwaan kerajaan sudah tiada golongan miskin tegar di bandar raya Kuala Lumpur terbukti meleset sekiranya pemimpin menyaksikan sendiri bagaimana orang ramai berebut-rebut mendapatkan bantuan.
Beliau berkata tahun ini bilangan mereka yang hadir mendapatkan bantuan meningkat terlalu ramai jika dibandingkan dengan tahun 2023.
Justeru itu katanya, berdasarkan semua latar isu berkenaan telah melahirkan kegusaran orang awam khususnya masyarakat Melayu yang sedang bergelut dengan kitaran ekonomi yang sangat ganas ketika ini.
Kemasukan lebih ramai warga China akan meningkatkan lagi kos pembelian rumah, kenaikan mendadak kepada harga hartanah, peningkatan kadar kepadatan penduduk, persaingan yang maha dasyat dalam mencari peluang pekerjaan dan akses juga menurutnya semakin mencabar kepada perkhidmatan sosial.
Selain itu, kempulan tertentu daripada China yang mempunyai modal yang besar serta penguasaan perniagaan ke atas pasaran-pasaran tertentu juga akan mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara dan membawa jurang ekonomi antara kaum yang semakin parah.
Beliau membangkitkan persoalan yang paling besar iaitu ke mana hala tuju negara dalam isu ini? Adakah pertambahan warg asing khususnya rakyat China akan dibiarkan berlarutan sehingga tiada lagi ruang untuk berpatah balik atau memperbetulkan keadaan? Adakah Malaysia yang akan menyambut Hari Kebangsaan pada bulan ini akan dibiarkan hilang jati diri serta identiti asalnya kelak?
“Harus diingat bahawa bagi sesebuah negara demokrasi, rakyatnya akan menjadi penentu kepada hala tuju negara. Sekiranya dasar umum negara berkenaan kerakyatan Malaysia terdedah kepada mana-mana bentuk manipulasi sistem, tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara yang terhakis serta musnah identiti asalnya pada masa akan datang.
“Kami berharap, agar semua pihak termasuk pembuat dasar dalam kerajaan, pelaksana dasar, ahli legislatif, penggerak NGO dan tokoh masyarakat dapat melihat perkara dan isu ini dengan serius kerana impaknya pada masa hadapan ama-amat membimbangkan, jelas Faizuddin menyatakan kembimbangannya.