Pertubuhan Hindu Mohon Jakim Ambil Tindakan Terhadap Pendakwah Bebas

( / sumber : TV Pertiwi)
( Memorandum bantahan Pertubuhan Hinda Agamam Ani Malaysia/ sumber : TV Pertiwi)

JUMAAT 28 JANUARI – Satu memorandum bantahan dihantar Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendakwa terdapat ceramah Islam yang bersifat penghinaan, perkauman dan berbentuk hasutan.

 Arun Dorasamy yang mewakili pertubuhan berkenaan mendesak JAKIM mengambil tindakan terhadap beberapa agamawan Muslim berketurunan Cina dan India yang dianggap penghancur keamanan dan keharmonian kaum.

Semalam, Wakil Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia menghantar memorandum sebanyak empat muka surat  – menyatakan bantahan ceramah agama yang bersifat penghinaan, perkauman dan berunsur hasutan di hadapan bangunan JAKIM.

 Antara agamawan yang disebut dalam memorandum itu ialah Dr Zakir Naik, Firdaus Wong dan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, dan beberapa lagi – semua mereka didakwa menyerang penganut Hindu.

Mereka turut memetik beberapa dalil al quran yang dikatakan Islam mengajar perpaduan namun sebaliknya yang dilakukan dalam ceramah pendakwah berkenaan.

Pertubuhan itu turut meminta JAKIM menasihatkan penceramah berkenaan serta memperincikan isu ini bagi menjaga keharmonian agama di Malaysia.

Mereka juga mendakwa sudah 6 ribu aduan dilakukan terhadap kenyataan pendakwah yang dikatakan mempunyai hasutan, hinaan dan mencabar, namun belum diambil tindakan.

Pendakwah telah xxxxxxx dengan ini kami minta jakim kekang dan kemukakan garispanduan yang ketat —tidak campuri urusan agama lain atas nama dakwah islam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MAIS Gagal Kembalikan Status Islam 5 Kanak-Kanak

Next Post

Dakwaan Penganut Hindu Melampaui Batas – Peace

Related Posts