Islamophobia: Batu nisan perkuburan Islam di Jerman diserang

( Serangan pada batu nisan di tanah perkuburan Islam di bandar Iserlohn-barat laut Jerman / sumber : ismaweb)

ISNIN, 3 JANUARI – Kira-kira 30 batu nisan di tanah perkuburan Islam di bandar Iserlohn – barat laut Jerman – dirosakkan.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan yang membimbangkan dalam jenayah Islamophobia di Jerman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kenyataan pendakwa raya dan jabatan polis Hagen, insiden itu berlaku pada awal Sabtu.

Pihak berkuasa mengemukakan rayuan bagi mendapatkan maklumat daripada sesiapa yang menyaksikan vandalisme atau mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan.

Secara berasingan, Kementerian Luar Turki kesal mengenai kejadian itu.

Katanya, serangan pada Malam Tahun Baharu adalah ‘petunjuk baharu mentaliti Islamophobia yang tenat semakin meningkat terutamanya di Eropah dan juga menyasarkan tanah perkuburan Islam.’

Kementerian menggesa pihak berkuasa untuk mencari ‘penjenayah serangan dahsyat ini’ dan ‘membawa mereka ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang sepatutnya.’

Ia juga meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang. – Agensi

-ismaweb.net

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas

Next Post

Balak Haram : ‘Sampai Bila Nak Berdiam Diri ?’ – Ustaz Fahmi Bazlan

Related Posts