Oleh Wartawan TV Pertiwi
Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling dilaporkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada 4.30 pagi tadi.
Pakar sejarah negara itu dibawa ke unit kecemasan oleh keluarga selepas tahap kesihatannya semakin menurun akibat komplikasi diabetes yang dialaminya.
Allahyarham dibawa ke Surau Seksyen 3, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan urusan pengebumian.
Zainal, 80, pernah berkhidmat sebagai ketua kluster sejarah warisan dan sosiobudaya Majlis Profesor Negara dan dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI