Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Selasa – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menggesa pihak majikan yang mewakili pengamal media The Malaysian Insight dan The Vibes untuk segera melangsaikan tunggakan gaji yang selama beberapa bulan tidak dibayar.
Dengan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) teguh bersama sekumpulan wartawan yang sedang berhadapan dengan cabaran menuntut tunggakan gaji daripada majikan mereka.
“A ‘free press’ is not free” atau dalam kata lain, ada harga yang perlu dibayar, termasuk dalam bentuk gaji setimpal, untuk membangun landskap media yang bebas,” ujarnya di Facebook hari ini.
Menurut kenyataan bersama NUJM dan GERAMM, majikan media berkenaan yang didapati gagal membayar gaji serta caruman-caruman yang lain merupakan satu kesalahan dibawah Akta 1955.
Kata mereka, perkara ini jelas merupakan satu bentuk penindasan sekaligus mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan itu sendiri.
Tegasnya, ia amat tidak wajar apabila wartawan sebagai pekerja media dilayan seperti peminta sedekah sedangkan setiap sen yang dituntut merupakan hasil kerja keras yang menyumbang kepada operasi syarikat.
“Tidak dapat dinafikan pekerja media terlibat akan dihimpit tekanan kewangan dan emosi, apabila berdepan dengan tanggungjawab untuk terus menyara diri dan keluarga,”
Sehubungan itu, NUJM dan GERAMM menyeru pihak majikan segera melunaskan kesemua tunggakan seperti mana yang dijanjikan kepada para wartawan yang terlibat agar mereka dapat menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing.
“Kelangsungan landskap media Malaysia juga dipengaruhi oleh jaminan keadilan terhadap pekerja media, dan sebarang bentuk pengabaian tidak boleh dibiarkan.” katanya.
“NUJM dan GERAMM juga menyeru semua pihak agar memberikan sokongan terhadap usaha menuntut hak-hak pekerja media,”
Buat semua pekerja media, menjadi pengamal media untuk menyampaikan berita, tetapi jangan lupa cerita kita.
Sumber: Kenyataan bersama NUJM dan GERAMM
#Media #Wartawan #TheMalaysianInsight #TheVibes.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi