Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Rabu – Pengerusi DAP, Lim Guan menuntut penjelasan daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung lawatan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan pimpinan Taliban pada awal November.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, lawatan itu hanya diketahuinya menerusi laporan berita dalam talian baru-baru ini.
Beliau berkata lawatan rombongan itu menimbulkan tanda tanya apabila Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Afghanistan pimpinan Taliban.
“Saya timbulkan perkara ini kerana saya sebagai wakil rakyat dan seorang yang ambil berat tentang hak asasi manusia khususnya hak pendidikan golongan wanita, ingin bertanya mengapa Kementerian Pendidikan membenarkan lawatan sedemikian daripada sebuah negara yang tidak ada hubungan diplomatik dengan Malaysia.
“Pada masa sama, (Afghanistan) ialah sebuah negara yang menyekat golongan wanita daripada belajar di sekolah menengah dan universiti.
“Saya harap satu penjelasan boleh diberikan kepada rakyat Malaysia kerana kita amat prihatin sebagai sebuah negara yang menyokong hak golongan wanita khususnya dari aspek pendidikan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
FMT pada 16 November lalu melaporkan Fadhlina mengesahkan kementeriannya menjadi tuan rumah kepada delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan pimpinan Taliban awal bulan ini.
Menurut Fadhlina yang lawatan itu sudah berakhir dan kementeriannya berkongsi pandangan mereka mengenai Pendidikan.
Sementara itu, Guan Eng turut mempersoalkan sama ada Kementerian Pendidikan membangkitkan tentang dasar diskriminasi dan larangan akses pendidikan terhadap wanita kepada delegasi tersebut.
Selain itu, beliau meminta Fadhlina menjelaskan manfaat rombongan itu kepada negara ini.
“Saya telah mengusulkan dan ketengahkan satu soalan untuk Pertanyaan Menteri pada esok (Khamis). Saya harap boleh dijawab.
“Kalau tidak, saya akan cuba ketika ruang Pertanyaan Minteri pada minggu depan,” tambahnya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI