Oleh : Wartawan TV Pertiwi
BANGI, Khamis – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan Sekolah Menengah Kuen Cheng, Kuala Lumpur.
Menurut portal berita Oriental Daily, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu (1 Okt) di sekolah berkenan.
Ketua Polis Daerah Brickfields Kumar Shariman mengesahkan gadis itu terjatuh dari tingkat lapan bangunan terbabit dan meninggal dunia di premis sekolah terbabit.
Sementara itu, lapor portal Free Malaysia Today, kenyataan daripada pejabat pengetua sekolah mengesahkan kejadian yang berlaku petang kelmarin.
Katanya, langkah kecemasan telah diambil dan di sebalik usaha itu pelajar terbabit telah meninggal dunia.
Pejabat juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga pelajar.
“Kaunselor Sekolah Tinggi Kuen Cheng kekal komited sepenuhnya untuk menjaga kesejahteraan pelajar kami untuk mengurangkan kesan psikologi terhadap pelajar lain,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai kejadian itu.
Portal mustsharenews.com melaporkan gadis berkenaan sebelum itu meninggalkan nota selamat tinggal kepada keluarga dan rakan-rakannya dan videonya dikongsi netizen.
Portal itu juga memetik Sin Chew Daily, dengan mengatakan mangsa yang tinggal di asrama tertekan kerana hal akademik.
World of Buzz melaporkan, ayahnya begitu terkejut dan sedih dengan pemergian anaknya.
Dalam satu hantaran di Facebook bapa mangsa kesal kerana anaknya berdepan dengan kesukaran itu seorang diri tanpa meluahkan apa yang dialaminya.
“Ayah dan Mama maafkan kamu dan sangat menyayangi kamu! Kami akan memastikan untuk membalas kasih sayang yang kami berikan kepada anda dalam kehidupan seterusnya. Terima kasih kerana berkongsi 13 tahun kenangan indah bersama kami!”
Sekolah Menengah Kuen Cheng di adalah antara empat sekolah menengah persendirian Cina yang dibina sejak tahun 1908 di Kuala Lumpur.
TV Pertiwi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.