Oleh: Tyah Helmi
Bangi, Rabu – Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan pihaknya amat sangsi dengan draf memorandum persefahaman (MoU) berhubung peruntukan pembangkang yang disifatkan tidak mempunyai mekanisme yang jelas serta dibuat oleh satu pihak sahaja iaitu kerajaan.
Takiyuddin berkata, Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan mengapa kerajaan persekutuan tidak memanggil Ahli Parlimen Pembangkang bagi melakukan perbincangan berhubung pembentukan MoU berkenaan.
“Kenapa tidak kerajaan persekutuan memanggil pembangkang, tubuh jawatankuasa untuk membuat MoU ini, itu sepatutnya yang dilakukan,” ujarnya pada sidang media di Pejabat PAS Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Ujarnya, PN sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu intimidasi serta ugutan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.
‘PN tidak pernah bersetuju, PN tidak pernah dipanggil,”
Dalam pada itu, terdapat beberapa draf yang pihaknya amat tidak setuju dan tidak masuk akal untuk diletakkan di dalam MoU berkenaan.
Antaranya, Ahli Parlimen pembangkang tidak boleh lagi membangkitkan berhubung perkara 3R dan LGBT.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan blok pembangkang telah membuat ketetapan menolak Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Jelas Hamzah, ketetapan sebulat penolakan yang dilakukan sebulat suara oleh ahli-ahli pembangkang berdasarkan empat fundamental iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama, boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serra mengongkong kebebasan Ahli Parlimen untuk bersuara.
Sumber: FB Takiyuddin Hassan & Hamzah Zainuddin
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#MoU #Pembangkang #Kerajaan #Takiyuddin #Hamzah