Oleh Wartawan TV Pertiwi
Seorang maut manakala berpuluh lagi dikejarkan ke hospital akibat jangkitan e.coli berkait selepas dipercayai memakan burger Quater Pounder McDonald’s, kata Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Agensi kesihatan itu dalam satu kenyataan berkata, wabak yang mula merebak sejak hujung bulan lalu itu menular ke 10 negeri AS dengan 49 kes tertumpu di Colorado dan Nebraska.
“Seorang warga tua di Colorado disahkan maut.
“10 orang dimasukkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak dengan Sindrom Uremik Hemolisis (saluran darah tersumbat), katanya seperti dilaporkan AFP.
Sementara itu, Presiden McDonald’s AS Joe Erlinger berkata, burger dan bahan yang mengakibatkan keracunan sudah dikeluarkan dari restoran terbabit.
“Keselamatan makanan sangat penting bagi saya dan setiap orang di McDonald’s.
“Kami mengambil langkah proaktif dengan mengalih keluar bawang yang digunakan dalam burger berkenaan,” katanya.
CDC berkata pelanggan yang pernah menikmati burger berkenaan dan mengalami simptom E.coli seperti cirit-birit, demam melebihi 38.9C dan muntah-muntah agar segera mendapatkan rawatan.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI