Oleh Wartawan TV Pertiwi
Ketua Polis Sentul mengesahkan penemuan rangka manusia yang dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira empat tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.
ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, rangka berkenaan ditemui di sebuah rumah di Kepong, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki yang dipercayai anak mangsa.
“Bagaimanapun, apabila tiba di rumah pintu dalam keadaan berkunci menyebabkan pengadu bertindak memecahkan pintu rumah tersebut.
“Lelaki itu mendapati ayahnya sudah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Sukarno berkata mangsa yang berusia 74 tahun ditemui pada minggu lalu selepas lelaki terbabit berhajat bertemu bapanya.
Katanya, kali terakhir pengadu menghubungi bapanya pada 2020 dan terkejut dengan keadaan mangsa yang meninggal dunia selepas berpisah dengan ibunya.
“Bedah siasat sudah dilakukan namun punca kematian tidak dapat dikenal pasti. Mayat diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Gambar penemuan rangka itu tular sejak semalam dengan kejiranan di kawasan itu menyangka mangsa sudah pulang ke kampung halamannya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
#jiwamerdeka67 #TVPertiwi