Oleh Wartawan TV Pertiwi
Sempena sambutan Maulidur Rasul, rangkaian restoran Darul Sajidin (DarSa) mempelawa orang ramai menikmati hidangan kambing golek pada Sabtu ini.
Majlis yang bermula pada 3 petang diadakan di semua cawangan Restoran Nasi Arab DarSa dan cawangan tunggal DarSa Fried Chicken (DFC) di Bukit Beruntung, Selangor.
“Hari-hari makan ayam goreng. Apa kata kami belanja anda makan kambing golek. Kali ini, kami ada kejutan istimewa! 30 ekor kambing bakal digolek secara sempurna.
“Sempena menyambut Maulidur Rasul, kami ingin mengajak semua pelanggan setia kami untuk menyertai kami dalam Kenduri Kambing Golek, kita makan berjemaah!”
“Bersama-sama kita merayakan sambutan ini dengan penuh kegembiraan, dan menikmatinya dalam suasana yang meriah,” coret DFC di Facebook semalam.
Hasil sambutan orang ramai, DFC bakal melancarkan cawangan keduanya di Bandar Seri Putra, Selangor yang dijangka dibuka tidak lama lagi.
Pernah terpalit dengan kontroversi “type-C”, DFC terus mendapat sambutan ramai dengan pengunjung berbaris panjang untuk menikmati keenakan ayam gorengnya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik: http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #DarSa #kambinggolek #DFC #MaulidNabi