Oleh : Nur Arrish
BANGI, Khamis – Pihak berkuasa penjajah I5r4331 di Hebron, Tebing Barat telah melarang, azan subuh dikumandangkan di Masjid Ibrahimi.
Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin berkata larangan itu yang dikuatkuasakan di masjid terbabit sudah memasuki hari kelapan secara berturut-turut.
Menurut Middle East Monitor, tindakan tentera Israel itu dikecam kerana berterusan mengharamkan azan di masjid, dan langkah itu dilihat sebagai perkembangan berbahaya yang bertujuan untuk menyekat pelaksanaan ibadah Islam di masjid sebagai permulaan untuk mengharamkan mereka sepenuhnya pada masa depan.
WAFA melaporkan tindakan jahat Zi0n15 itu juga adalah sikap biadap Isr43l terbaru melanggar kesucian Masjid Ibrahimi selepas tentera penjajah menghalang delegasi diplomatik asing daripada memasuki tapak suci umat Islam pada Isnin lalu untuk meninjau kejahatan puak pelampau Yahudi.

Delegasi asing dihalang masuki Masjid Ibrahimi. Pic : MIM
Kementerian berkata halangan diplomatik memasuki masjid berkenaan juga adalah cubaan I5r43l menutup tindakan penceroboh yang menodai sebahagian ruang di masjid terbabit.
Pada malam Rabu, ratusan penceroboh mencemarkan Masjid Ibrahimi pada 24 September lalu dengan mengadakan konsert sehingga kawasan sekitar masjid riuh dengan nyanyian dan tarian.

Konsert pendatang haram Yahudi diruang legar Masjid Ibrahimi
Kementerian Waqaf Palestin juga bimbang hal yang sama bakal dilakukan terhadap Masjid Al-Aqsa jika provokasi berulang yang dilakukan Menteri Sayap Kanan Israel Itamar Ben Gvir dan para pengikutnya tanpa henti.
Kementerian menekankan perlunya tindakan antarabangsa untuk menamatkan pencabulan Israel di masjid dan membolehkan rakyat Palestin memulihkan kehadiran dan kuasa mereka ke atas tapak suci Islam itu.
4 Sept lalu, pendatang haram dibantu tentera Israel pindahkan barangan di Masjid Ibrahimi untuk konsert.
Pada 4 September lalu, penceroboh haram Israel yang disokong oleh tentera mereka memindahkan simbol agama Yahudi ke dalam Masjid Ibrahimi yang bersejarah di Hebron.
Untuk rekod, Masjid Ibrahimi adalah masjid yang sama di mana pelampau Z10n15, Baruch Goldstein membunuh 29 rakyat Palestin pada tahun 1994.
#MasjidIbrahimi #Aqsa #azan #halang #konsertYahudi #zionis
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi