Oleh: Azzman Jamal
Penyedia perkhidmatan haji dan umrah, Amani Travel Sdn Bhd (Amani Travel) komited untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang dalam pengendalian jemaah haji bagi musim haji 1446H pada 2025.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Amani Travel, Wan Muhammad Mior Ismail berkata, pencapaian yang diraih pada musim haji tahun ini dengan pemarkahan nilai purata 97.4% diberikan oleh Tabung Haji menjadi testimoni kualiti perkhidmatan tahap tertinggi yang ditawarkan syarikat berkenaan.
Beliau berkata, berteraskan nilai mesra, profesional dan patuh syariah, Amani Travel memberi jaminan setiap jemaah diberi bimbingan lengkap dalam memastikan ibadah haji dapat ditunaikan dengan sempurna dan selesa.
Menurut beliau, perkhidmatan yang ditawarkan Amani Travel tertumpu kepada aspek kemesraan dan kualiti tinggi melibatkan penginapan, bimbingan jemaah, makanan dan pengisian ketika menunaikan ibadah haji di tanah suci.
Perkhidmatan selesa, berkualiti tinggi
“Ketika mengerjakan haji yang tertumpu di kawasan Mina, Arafah dan Muzdalifah, kita menyediakan hotel di Aziziyah untuk keselesaan para jemaah.
“Hotel itu terletak berhampiran dengan kompleks Jamrah yang mana ia selesa bagi kapasiti empat hingga lima orang sebilik.
“Penginapan ini menawarkan privasi kepada jemaah selain fasiliti kemudahan yang lebih selesa berbanding mereka yang menginap di khemah di Mina yang agak sesak,” katanya.
Beliau berkata, perkhidmatan seterusnya membabitkan bimbingan mutawif berpengalaman dengan seorang petugas haji untuk membantu memudahkan urusan jemaah termasuk dari aspek permasalahan hukum hakam dan bantuan secara am.
Katanya, perkhidmatan bimbingan itu sentiasa bersedia sepanjang musim haji untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan ibadah mahu pun urusan lain seperti kesihatan.
Dari aspek nisbah, beliau berkata, bimbingan itu akan ditetapkan bagi setiap 40 ke 50 orang jemaah supaya pembimbing sentiasa arif dengan keadaan jemaah dalam jumlah yang lebih kecil.
“Bimbingan yang menekankan kepada sunnah nabi ketika mengerjakan manasik haji bermula pada Hari Tarwiyah 8 Zulhijjah, wukuf di arafah sehinggalah hari melontar di jamrah.
“Kita bawakan tokoh hadis yang dikenali iaitu Prof Madya Dr Ahmad Sanusi bagi mengupas hadis-hadis 40 berkaitan sejarah dan juga haji dan umrah.
“Oleh itu, jemaah tidak hanya sekadar mendalami hukum hakam, bahkan mengambil pengajaran dan juga noktah-noktah penting dalam peristiwa haji dan juga sejarah tempat manasik haji,” katanya.
Wan Muhammad berkata, Amani Travel juga akan turut menawarkan perkhidmatan baharu bagi musim haji kali ini iaitu Perkhidmatan Masya’ir Naik Taraf (PMN).
Katanya, perkhidmatan ini menawarkan jarak khemah lebih dekat dan juga bas khas kepada para jemaah untuk ke Arafah, Mudzalifah dan kembali ke Mina.
“Kita naik taraf jarak khemah lebih dekat ke Jamrah untuk melontar dan ada bas khas.
“Selepas selesai haji dan masuk ke Mekah, kita juga tawarkan hotel bertaraf lima bintang dengan jarak 50 hingga 70 meter sahaja dari masjidil haram.” katanya.
Selain itu, ujarnya, jemaah yang menggunakan perkhidmatan Amani Travel disediakan makanan bufet Asia sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Agensi berpengalaman luas, rekod cemerlang.
Menceritakan tentang latar belakang Amani Travel, Wan Muhammad berkata, syarikat yang itu mempunyai rekod baik dalam mengendalikan jemaah Umrah sejak ditubuhkan pada 2013.
Beliau berkata, setelah lebih sedekad menguruskan lebih 15,000 jemaah umrah, syarikat itu diberikan kepercayaan apabila dilantik sebagai pengelola jemaah haji bermula 2024.
Beliau berkata, selepas mengendalikan jemaah haji untuk satu musim, syarikat itu terus diiktiraf oleh Tabung Haji apabila dilantik semula untuk pengurusan haji pada 2025.
“Kriteria penarafan yang ditetapkan ialah dari aspek audit kewangan dan pengurusan jemaah ketika di tanah suci dan operasi di tanah air termasuk operasi di pejabat dan kakitangan.
“Justeru, penarafan yang lantikan semula Amani Travel mengendalikan jemaah haji pada musim haji seterusnya adalah satu pengiktirafan yang kami amat banggakan, apa tah lagi dengan pemarkahan cemerlang,” katanya.
Menurut beliau, antara kriteria pemilihan sesebuah syarikat untuk mengendali jemaah haji perlu mendapatkan pemarkahan sekurang-kurangnya 85% oleh Tabung Haji
Melangkah ke hadapan, Wan Muhammad bersikap optimis untuk mengembangkan operasi syarikat dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan jemaah haji yang lebih besar menerusi pembukaan cawangan di seluruh negara.
Beliau berkata, setakat ini, Amani Travel mempunyai empat cawangan yang beroperasi di Johor, Kelantan, Pahang dan Perak.
“Sasaran kami ialah membuka cawangan di setiap negeri, seterusnya menjadi antara pemain industri utama dalam pengurusan jemaah haji dan umrah.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami mengendali seramai 123 jemaah haji dan maklum balas yang diterima sangat positif,” jelasnya.
Wan Muhammad berkata, maklum balas daripada kalangan jemaah juga dipaparkan di Google Review syarikat itu supaya orang ramai boleh jadikan ia sebagai rujukan.
Katanya, pihak Amani Travel juga terbuka menerima sebarang pandangan daripada jemaah bagi meningkatkan lagi tawaran perkhidmatan pada masa akan datang.
Tambah beliau, Amani Travel juga meletakkan sasaran untuk menguruskan 300 jemaah pada musim haji kali ini dan berharap angka itu akan terus meningkat secara tahunan.
“Amani Travel yakin mampu meneruskan perkhidmatan cemerlang kepada jemaah dan sentiasa akur terhadap segala peraturan ditetapkan oleh Tabung Haji agar proses menunaikan ibadah haji dilaksanakan sehabis baik.
“Apa yang kami tawarkan, semua dapat dilaksanakan. Selain itu, segala isu jemaah kami selesaikan segera, contohnya mereka yang berdepan masalah kesihatan akan terus dibawa ke klinik.
“Sekiranya berdepan masalah emosi, sudah tentu petugas yang membimbing akan memberi konsultasi. Kami tidak akan membiarkan sebarang isu menjadi terbawa-bawa,” tegasnya.
Tambahnya, pihak Tabung Haji juga sentiasa membuat penilaian terhadap prestasi perkhidmatan yang ditawarkan syarikat pengelola jemaah haji termasuk Amani Travel.
Jelas beliau, bermula dari semakan kelayakan pembimbing hinggalah ke kualiti perkhidmatan di tanah suci, semuanya turut dipantau demi memastikan perkhidmatan diberikan sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Faktor pemarkahan memainkan peranan penting dalam pemilihan syarikat. Bagaimanapun, peraturan yang ditetapkan tidak begitu rumit.
“Untuk kekal relevan, kami hanya berpandukan undang-undang Tabung Haji. Sekiranya jumlah jemaah bertambah, sudah tentu kami akan pastikan tenaga petugas mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Wan Muhammad berkata, orang ramai boleh melibat butiran mengenai Amani Travel menerusi laman web rasminya di pautan https://www.amanitravel.com.my/ atau melayari laman Facebook dan Instagram Amani Travel.
“Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06–790 7752 atau berkunjung ke mana-mana cawangan Amani Travel untuk berurusan dengan pihak kami,” tambahnya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI