Oleh : Wartawan TV Pertiwi
Kerajaan Malaysia digesa memulakan langkah untuk membantu rakyat P4lestin di G4z4 bagi menghadapi musim sejuk yang baru bermula ketika ini.
Aktivis masyarakat, Zaharah Sulaiman berkata dengan kedaifan tempat tinggal serta kekurangan bekalan makanan ketika ini, musim sejuk akan menambahkan teruk lagi keadaan saudara Islam di Gaza.
Beliau mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggunakan segala usaha yang ada untuk mempelopori bantuan musim sejuk masuk ke Gaz4 termasuk usul mengadakan kutipan dana musim sejuk Gaza.
Katanya, sumbangan dan peranan Malaysia telah terbukti sebelum ini, antaranya dalam Ops Ihsan, justeru itu dengan ancaman musim sejuk yang bakal melanda wajar sekali lagi saudara di Gaz4 dapat dibantu melalui sumbangan daripada rakyat negara ini.
“Jadi antara sebab saya hendak berjumpa PM ini adalah, berkenaan dengan orang-orang Gaza, orang Palestin yang teraniaya hari ini. Terutama sekali pada musim tengkujuh musim sejuk, sekarang ini sudah sampai, air hujan sudah lebat, kalau kita tengok dia punya khemah sekarang ini, sudah runtuh sudah banyak hanyut. Saya lihat oleh kerana kekebalan, bangsa Israel ini, yang mana saya fikir ia tidak layak memakai nama Israel, kerana Israel ini adalah nama yang diberi kepada Nabi Yaakob, istilahnya sepatutnya seseorang yang mempunyai hati yang murni.”
Bercakap kepada TV Pertiwi, jelas beliau, dengan pelancaran bantuan musim Gaza oleh kerajaan kutipan yang dikumpul boleh disumbangkan dalam bentuk barangan seperti selimut, alat pemanas, khemah yang bertahan lama, bantuan makanan serta barang perubatan.
“Sekurang-kurangnya Malaysia, boleh membuat usul mengenai tujuan ini, kerana sebelum ini rakyat Malaysia berjaya menjana dana menderma untuk Gaz4, sekiranya dapat dikumpulkan dalam RM50 juta, untuk kita membeli perkakasan untuk Gaza, tiada tempat lain nak mengadu hanya berharap kepada kerajaan untuk usulkan bantu sampaikan sumbangan musim sejuk ke Gaza”.
Tambahnya, ketika ini kekebalan Isr4el sangat terlihat apabila segala kelulusan dan arahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk segera menghentikan perang tidak diendahkan oleh Isr43l.
Peranan pihak yang berdiri di belakang negara haram itu, tambah beliau, terutama Amerika Syarikat jelas memperlihatkan sikap pro-Isr4el yang mempunyai agenda mereka untuk menghapus-pupuskan DNA orang-orang Palestin di Gaza.
“Tetapi hari ini perangai, Israel kalau kita tengok, tidak membayangi seperti apa yang Nabi Yaakob punya susuk, hari ini dia terlampau kebal, macam mana, PBB yang telah mengeluarkan bermacam-macam perkara dan kelulusan untuk menghentikan peperangan, untuk membuat gencatan senjata, untuk mereka berhenti mengambil ataupun merompak, merampas tanah orang-orang gaza, tetapi tidak. Jadi macam mana kita mahu bantu saudara-saudara kita ini. Sebagai sahabat Islam adakah kita mahu pandang sahaja. Selama berpuluh tahun, hari ini makin dahsyat makin zalim cara mereka membunuh, cara genosid ke atas orang-orang di Gaza, digilis hidup-hidup, ditanam hidup-hidup, kita tengok anak-anak tiada tangan tiada kaki, macam mana dia nak makan, macam mana dia nak mandi, nak bersihkan badan dia, siapa yang, siapa nak bantu dia.”
Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian P4lestin (UNRWA) memberi amaran bahawa beribu-ribu kanak-kanak, orang tua, dan orang yang sakit amat berisiko tinggi kehilangan nyawa akibat kesejukan yang melampau serta kekurangan haba ketika berdepan musim sejuk.
UNRWA melaporkan pada 22 September lalu, hujan lebat pertama menimpa bumi Gaza di kem yang sesak dengan mangsa serangan I5r43l.
Dengan gencatan senjata yang belum berhasil serta kesukaran pasukan kemanusiaan memasuki Gaz4, nyawa kanak-kanak dan wanita sangat genting, kerana diancam suhu dingin yang melampau kerana tiada tempat tinggal dan bahan bakar untuk memanaskan anggota badan mereka.
Khemah sementara yang didirikan daripada plastik, fabrik dan kanvas tidak mencukupi untuk melindungi mereka daripada hujan dan kesejukan serta kelaparan.
Apakah jawapan kita, jika kanak-kanak ini mempersoalkan di mana kita di saat mereka memerlukan?
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#Gaza #musimsejuk #khemah #bantuan #Malaysia