Oleh Wartawan TV Pertiwi
Perdana Menteri 15r43l mengaku bertanggung jawab atas letupan alat kelui di Lubnan pada September lalu.
Benjamin Netanyahu berkata serangan yang mengorbankan lebih 20 nyawa itu tetap dilancarkan walau mendapat tentangan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.
“Sebelum operasi alat kelui, mereka memberitahu saya bahawa AS akan menentangnya, tetapi saya tidak mendengarkan mereka,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Netanyahu berkata serangan siber itu tetap diteruskan walau rancangan berkenaan mendapat tentangan pejabat tinggi pertahanan dan politik negara haram.
Serangan menggunakan alat kelui pada 17 dan 18 September lalu mengorbankan lebih 20 nyawa manakala 3,200 penduduk dilaporkan cedera.
Hezbollah berkata Isr4el merupakan dalang utama berlakunya letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih milik mereka di seluruh Lubnan.
Kira-kira 3,100 nyawa terkorban dan lebih 13,800 penduduk Lubnan cedera sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada Oktober tahun lalu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI