Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Rabu – Anak kepada Datuk Seri Najib Razak, Datin Nooryana Najwa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pelantikan anak bekas Perdana Menteri itu diumumkan Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran di Facebook semalam.
Penyerahan surat lantikan itu dibuat sebelum beliau mempengerusikan Mesyuarat ALP MATRADE.
“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyerahkan surat pelantikan ALP baharu MATRADE, Datin Nooryana Najwa dan menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh beliau bersama dua lagi ALP iaitu Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim.
“Tahniah diucapkan kepada Datin Nooryana Najwa atas lantikan sebagai ALP MATRADE,” katanya.
Hantaran itu juga tidak menjelaskan tempoh pelantikan itu berkuat kuasa dan mengapa Nooryana Najwa dilantik memegang jawatan tersebut.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI