Oleh Wartawan TV Pertiwi
Peguam yang mewakili Abang Bas menggesa selebriti dan warga maya melemparkan fitnah terhadap lelaki itu bersedia untuk disaman.
Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata keluarga Abang Bas akan mengambil tindakan undang-undang susulan kecaman yang diterima sepanjang Abang Bas dituduh di mahkamah.
“Sudah tentu. Kita sudah mengenal pasti mereka, ramai. Keluarga mengarahkan mereka [warga maya] disaman. Kenapa tidak [saman selebriti]?
“Sebagai peguam, saya nasihatkan pecahlah tabung buluh, tabung ayam, kira siap-siap. Jadi senang hendak kira nanti,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.
Abang Bas nama jolokan kepada pemuda yang didakwa membuat gangguan kepada murid yang menaiki bas sekolahnya.
Suspek yang aktif di aplikasi TikTok ditahan sejak minggu lalu di Pusat Koreksional Muar selepas gagal membayar wang ikat jamin RM40,000.
Abang Bas hari ini dibebaskan dengan ikat jamin selepas keluarganya berjaya mengumpulkan RM40,000 hasil sumbangan orang ramai.
Pemuda itu berdepan tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #abangbas #mahkamah #ikatjamin