Oleh : Nur Arrish
YouTube mengumumkan hari ini menambah durasi bagi kandungan Shortsnya yang sebelum ini seminit akan ditambah kepada tiga minit lama dalam kandungan video menegak.
Dengan itu penerbit kandungan boleh memuat-naik video mereka dengan lebih panjang selama tiga minit berkuat kuasa pada 15 Oktober depan.
Pada masa yang sama akan membuatkan orang ramai menghabiskan masa lebih lama pada platform berkenaan.
Dengan lebih ramai mula menonton video secara menegak, YouTube mungkin melihat permintaan kepadanya, dan membawa kepada perubahan baharu ini di samping akan menambah-baik algoritma cadangan untuk Shorts untuk bulan-bulan akan datang.
Sebelum ini platform TikTok mengubah durasi video yang dimuat naik iaitu kepada 10 minit.
Sumber : Amanz
#setahunTaufanAlAqsa #YouTube #shorts #video #duras #panjang
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.