Kaji semula Perlembagaan berhubung kuasa pengampunan Agong, Raja-Raja Melayu – Hamzah

BANGI, 3 REJAB – Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mengkaji semula perkara dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa prerogatif pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata langkah itu bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta struktur asas Perlembagaan kekal, jelas dan terpelihara.

“PN  berpandangan bahawa kemelut Perlembagaan dan kekeliruan undang-undang yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada kegagalan Kerajaan Madani sendiri dalam menangani isu kewujudan Titah Adendum sejak awal lagi,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam. 

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Alice memutuskan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.

Menurut Hamzah, PN melantik peguam bagi mengikuti prosiding kes Titah Adendum sebagai peguam pemerhati kerana prihatin dengan kesan prosiding di Mahkamah Tinggi yang membabitkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Katanya, ini membabitkan hal kuasa memberi pengampunan, sebagaimana yang diperuntukkan secara jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“PN berpandangan urusan pengampunan adalah kuasa prerogatif tertinggi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang wajib dihormati. 

“PN tidak mahu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat sebagai ‘rubber stamp’ semata-mata walhal kuasa Baginda telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid demi memelihara kuasa dan prestij Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Ia diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. 

Beliau berkata, Ketua Hakim Negara dalam kes tersebut memutuskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang bersifat non-justiciable, sekali gus meletakkannya di luar bidang kuasa semakan kehakiman.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes Najib: Keputusan Mahkamah Tinggi tidak mengurangkan kuasa pengampunan diraja – AGC

Next Post

Israel beri isyarat pendudukan jangka panjang di Gaza

Related Posts