KPN: Polis serbu restoran promosi fahaman komunis

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Ketua Polis Negara memaklumkan seorang pengurus restoran di Klang, Selangor ditahan selepas premis berkenaan disyaki mempromosikan ideologi komunis. 

 

Tan Sri Razarudin Husain berkata polis menjalankan serbuan kelmarin dan merampas perkakas yang memaparkan wajah Presiden Komunis China, Mao Zedong, lapor Malaysia Gazette.

 

“Polis mengambil tindakan segera dengan menyerbu restoran terbabit selepas terdapatnya elemen yang mempromosikan budaya komunis.

 

“Susulan daripada risikan yang dibuat, Polis Klang Selatan melakukan serbuan serta menahan seorang lelaki yang merupakan pengurus restoran terbabit yang berusia 20 tahun,” katanya.

 

Razarudin berkata serbuan itu dibuat susulan pendedahan pemilik akaun YouTube Luis Wong yang berkunjung sendiri ke restoran terbabit.

 

Katanya, polis merampas lima mangkuk seramik, cawan kaca, sudu sup dan resit perniagaan untuk tindakan lanjut.

 

“Polis akan membuat semakan status lesen perniagaan premis itu dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang. 

 

“Polis sentiasa komited dalam memastikan tiada mana-mana pihak cuba mengganggu-gugat ketenteraman dan keharmonian di dalam negara,” katanya.

 

Hasil soal siasat mendapati perkakas berkenaan dibeli oleh rakan pemilik restoran yang tinggal di China untuk kegunaan restoran tersebut, kata Razarudin. 

 

Katanya, pengurus restoran berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang semalam dan reman dua hari akan berakhir hari ini. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Petisyen desak King Sing letak jawatan ada pelbagai sebab kukuh – GPS

Next Post

‘Muhammad’ nama paling popular bayi England 2023

Related Posts