Pelantikan Dr Sam sebagai pengerusi PN bagai fajar terbit memecah kegelapan

BANGI, 15 RAMADAN – Keputusan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu dilihat bukan sekadar membawa perubahan dalam gabungan itu, malah mencetuskan gelombang baharu dalam landskap politik negara.

Bendahari Agung PAS, Datuk Iskandar Samad, berkata pelantikan tersebut dialu-alukan oleh mereka yang mahu melihat perubahan di negara ini.

“Pelantikan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bukan sahaja disambut baik, malah ada yang mengharapkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ada juga yang membuat perbandingan antara beliau dan PMX, lalu merumuskan bahawa Ahmad Samsuri – nama mesra beliau dalam dunia politik – lebih layak untuk memegang jawatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Iskandar, Ahmad Samsuri dilihat mempunyai aura tersendiri walaupun bukan seorang pemidato berapi-api.

“Mungkin atas sebab itu terdapat serangan terhadap Terengganu bagi mematikan gelombang Ahmad Samsuri yang sedang meningkat.

“Ada yang berkata kedudukan beliau sebagai Pengerusi PN bukan jaminan untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. Namun selepas PRU lalu, ketika PN masih mencari calon yang mampu menandingi PMX, kemunculan Ahmad Samsuri ibarat fajar terbit memecahkan kegelapan,” ujarnya.

Tambah beliau, pandangan yang bertentangan dengan aspirasi rakyat itu tidak melunturkan semangat dan keyakinan pihak yang mengimpikan Ahmad Samsuri menerajui Putrajaya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 1,000 terkorban, serangan AS-Israel di Iran makin memuncak

Next Post

Siapa nak buat hura-hara? Himpunan hanya zahir pandangan, sah ikut Perlembagaan 

Related Posts