Usah layan provokasi, tumpu kepada perjuangan banteras rumah anutan haram

BANGI, 9 RAMADAN – Usaha membanteras binaan rumah anutan haram kini telah berada di fasa kemuncak apabila semua peringkat di lapisan masyarakat sudah mula membincangkannya secara terbuka.

Malah, suara-suara untuk mendesak kerajaan atau pihak berkuasa supaya bertindak dengan menguatkuasakan undang-undang semakin diperhebatkan terutama dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kini telah menubuhkan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH).

Namun begitu, usaha untuk mencapai satu matlamat sudah tentu akan berdepan cabaran dan halangan tertentu.

Dalam konteks ini, terdapat juga tentangan daripada pihak tertentu yang cuba membuat provokasi dan memainkan naratif palsu dalam usaha mengalih perhatian masyarakat daripada isu sebenar.

Antara cabaran yang kita dapat lihat sendiri ialah penciptaan naratif palsu, kononnya usaha menentang binaan rumah anutan haram ini dikaitkan dengan elemen agama dan kaum.

Ada pula yang cuba mempersoalkan penggunaan istilah ‘haram’ kononnya perkataan itu hanya eksklusif kepada penggunaan dalam agama dan wujud gesaan supaya tidak menggunakan istilah tersebut jika dikaitkan dengan kuil.

Sedangkan Dewan Bahasa dan Pustaka mengesahkan istilah itu adalah sah dalam penggunaan bahasa kebangsaan, malah perkataan kuil haram juga pernah digunakan dalam sistem kehakiman negara dan dalam kenyataan media PDRM.

Ada juga yang mendakwa kononnya kuil yang tidak sah itu telah wujud puluhan tahun atau mungkin ketika era pentadbiran British, namun gagal untuk membuktikannya.

Sejak isu ini mula dibangkitkan pada tahun lepas, boleh dikatakan sudah ‘berbuih mulut’ untuk dijelaskan bahawa isu ini langsung tidak menyentuh sensitiviti agama atau perkauman kerana ia membabikan perbuatan menceroboh tanah sama ada milik kerajaan mahu pun persendirian.

Bayangkan, aduan yang TV Pertiwi sendiri terima mengenai isu binaan rumah anutan haram ini bukan sahaja datang daripada kalangan orang Melayu Islam tetapi juga dalam kalangan orang bukan Islam.

Contohnya, seorang pesara polis yang menetap di Ulu Kinta, Peter Pauls yang merupakan seorang lelaki India beragama Kristian. Beliau membuat aduan sejak sembilan tahun lalu mengenai kewujudan kuil haram besar di hadapan rumahnya yang mana tanah itu disahkan sebagai tanah rizab gunung.

Selain itu, su rumah anutan haram ini juga telah menarik perhatian individu seperti Cikgu Chandra yang merupakan seorang penganut agama Hindu yang mana beliau sendiri menyatakan secara tegas bahawa agama itu melarang sebarang perbuatan menceroboh apatah lagi membina rumah anutan di atas tanah milik orang lain.

Bagaimanapun, selepas banyak kali perkara ini sudah cuba dijelaskan, ada sahaja pihak yang seolah-olah sengaja tidak mahu melihat fakta di sebalik isu ini.

Contohnya wujud individu kontroversi seperti Arun Dorasamy yang sering mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan ramai di media sosial. 

Selain itu, ada juga dalam kalangan wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang masih tak faham isu ini dan membuat desakan supaya isu ini tidak diperbesarkan.

Ini belum cerita kemasukan ‘bot’ yang menyerang hantaran-hantaran di media sosial – termasuk hantaran dimuat naik TV Pertiwi’ – yang memuat naik komen berunsur jelik seperti menghina Allah, Nabi Muhammad SAW dan Islam secara menyeluruh.

Komen-komen seperti ini tidak dinafikan berjaya mencetuskan kemarahan segelintir umat Islam di negara ini yang kemudiannya menggunakan pendekatan sama  dan membalas komen-komen tersebut dengan unsur perkauman.

Di sini, penulis ingin mengingatkan bahawa perjuangan seperti ini memang akan mengundang tentangan dan cabaran tertentu. Oleh itu, masyarakat dinasihatkan supaya abaikan sahaja gangguan atau ‘serangan’ yang dilontarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Jika kita terkesan dan berasa marah dengan komen-komen tersebut, maka dinasihatkan supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Hanya kerana pihak yang tidak bertanggungjawab ini ‘bermain kotor’ kita tidak perlu ikut rentak mereka kerana ia hanya akan menjejaskan perjuangan ini.

Oleh itu, terus fokus kepada perjuangan asal dan abaikan segala tohmahan yang dilontarkan pihak yang langsung tidak mahu menghormati kedaulatan undang-undang.

Oleh: Azzman Abdul Jamal, Wartawan TV Pertiwi

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PERKASA desak undang-undang tegas lindungi kesucian Islam

Next Post

EXCO Pulau Pinang didakwa cederakan isteri

Related Posts