BANGI, 7 RAMADAN – Polis telah menahan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Kuantan, Pahang, yang dipercayai membuat hantaran dalam media sosial berbentuk provokasi dan menghina Islam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, individu terbabit ditahan awal pagi tadi untuk siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
“Permohonan reman akan dibuat bagi siasatan lanjut,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Seorang pengguna akaun bernama “Vikneswaran0102′ di laman Thread memuat naik hantaran gambar memijak al-Quran mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen sejak malam tadi.
Namun, hantaran itu kemudian dipadam dan disusuli bebenang hantaran berupa permohonan maaf.
“Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati atas gambar yang saya muat naik sebelum ini yang melibatkan al-Quran. Perbuatan saya adalah salah, tidak beradab dan sangat tidak menghormati. Tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan saya.
“Saya akui bahawa saya bertindak dalam keadaan marah dan dipengaruhi perasaan dendam. Ketika itu saya tidak berada dalam keadaan fikiran yang waras dan tenang. Saya membiarkan emosi menguasai diri sehingga melakukan sesuatu yang sangat saya kesali sekarang,” katanya.
Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) memaklumkan turut menyiasat jika kes itu membabitkan pelajar mereka.
Katanya, UMPSA memandang serius perkara menyentuh isu 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam membabitkan institusi itu.
“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej UMPSA (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, hantaran berbaur provokasi terhadap Islam itu bagaimanapun telah dipadam dan disusuli bebenang hantaran berupa permohonan maaf.
“Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati atas gambar yang saya muat naik sebelum ini yang melibatkan al-Quran. Perbuatan saya adalah salah, tidak beradab dan sangat tidak menghormati. Tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan saya.
“Saya akui bahawa saya bertindak dalam keadaan marah dan dipengaruhi perasaan dendam. Ketika itu saya tidak berada dalam keadaan fikiran yang waras dan tenang. Saya membiarkan emosi menguasai diri sehingga melakukan sesuatu yang sangat saya kesali sekarang,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi