24,761 calon UPKK 2025 cemerlang 9A

BANGI, 7 RAMADAN – Seramai 24,761 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 mencatat keputusan cemerlang apabila memperoleh A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diduduki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu menunjukkan prestasi yang baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 1.83 mata berbanding 1.85 pada tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah keseluruhan calon yang menduduki semua kertas peperiksaan, peratus calon yang mencapai tahap lulus keseluruhan UPKK 2025 ialah 89.61 peratus,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 25,230 calon memperoleh 8A manakala 18,990 calon lagi mendapat 7A.

Secara keseluruhan, 251,392 calon menduduki peperiksaan berkenaan daripada 252,997 calon yang berdaftar tahun ini. Jumlah pendaftaran itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.17 peratus berbanding 240,244 calon pada 2024.

“Jumlah calon tidak hadir menunjukkan penurunan kepada 0.63 peratus berbanding 2024 iaitu 1.36 peratus. Ini menunjukkan keprihatinan ibu bapa dan usaha guru yang berterusan dalam menarik minat murid untuk menduduki UPKK,” katanya.

UPKK 2025 melibatkan sembilan mata pelajaran iaitu al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) serta Amali Solat.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM tak boleh jadi hakim kes sendiri, perlu tubuh RCI – Gobind Singh

Next Post

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Petros cabar jaminan bank RM7.95 juta

Related Posts