Tamim Dahri jelaskan ciri-ciri orang munafik kepada Menteri Komunikasi

BANGI, 5 RAMADAN – Aktivis tanah, Tamim Dahri mempersoalkan pendirian Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sama ada pemimpin PKR itu kekal memperjuangkan kebebasan bersuara seperti yang dilaungkan sebelum menjadi menteri.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Tamim turut mengingatkan Fahmi mengenai ciri-ciri orang munafik iaitu berdusta ketika berkata, mungkir janji dan khianat terhadap amanah.

Pengasas portal tanah malaya itu membangkitkan persoalan sedemikian apabila beliau telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada tahun lepas dan masih belum didakwa sehingga sekarang.

Tahun ini pula, katanya, beliau ditahan polis tanpa apa-apa kesalahan sebelum Page Facebook Tanah Malaya disekat manakala Group Binaan Haram di Mana Hari Ini juga diturunkan Meta atas permintaan SKMM.

“Semalam (Sabtu), hantaran saya juga diturunkan Meta atas permintaan SKMM. Apa kesalahan saya untuk bersuara menceritakan kezaliman yang berlaku? Bukankah itu kebebasan bersuara?

“YB Fahmi Fadzil seorang muslim yang beriman dengan Allah dan Rasul. Tahukah YB, dosa paling besar di atas muka bumi adalah syirik kepada Allah? Tahukah YB, menyembah berhala itu syirik dan kufur kepada Allah? 

“Saya menyeru kepada YB untuk bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,” katanya.

Mengulas lanjut, Tamim menegaskan bahawa usaha yang dilakukan selama ini adalah menentang binaan kuil haram yang dibina di atas tanah milik pihak lain.

Kata beliau, usaha itu juga selari dengan undang-undang sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan arah serta mandat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tetapi saya yang ditangkap dan dilokap. Penceroboh tidak dikenakan apa-apa tindakan.

“Adakah tindakan agensi di bawah YB iaitu SKMM hendak menyatakan yang YB menyokong penceroboh dan kezaliman yang berlaku terhadap saya?

“Jika itu pendirian YB dan SKMM, maka nyatakan dengan jelas. Nak takut apa? Kuasa di tangan YB kan? soalnya lagi.

Dalam pada itu, Tamim berkata, ‘surat terbuka’ itu bertujuan untuk menegur Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan agensi yang kini bawah kendalian kementeriannya selepas melihat kemungkaran yang berlaku.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mungkin sudah tiba masanya PAS terajui negara

Next Post

Kedaulatan undang-undang mesti mengatasi sentimen dalam kes ceroboh tanah 

Related Posts