Budi bicara Agong lantik Pendakwa Raya selepas pindaan Perlembagaan, PM tiada peranan

BANGI, 5 RAMADAN – Pelantikan Pendakwa Raya selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 dikuatkuasakan kelak, bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan Majlis Raja-raja dengan tempoh perjawatan selama tujuh tahun.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang peranan dalam proses pelantikan Pendakwa Raya.

Menurutnya, calon untuk dilantik ke jawatan itu akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP).

Selain itu, katanya pelantikan Pendakwa Raya tidak boleh membabitkan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, selain perlu memiliki pengalaman litigasi sekurang-kurangnya selama 10 tahun.

“Idea asal ialah untuk memisahkan campur tangan politik dalam aspek pelantikan Pendakwa Raya dan sebab inilah kita tidak meletakkan peranan ahli politik, termasuk Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika sesi Taklimat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Parlimen, hari ini.

Mohd Dusuki berkata, langkah ini bertujuan memastikan Pendakwa Raya berlaku adil ketika menjalankan tugas, namun menyatakan kerisauannya ketika idea memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Kita khuatir Pendakwa Raya akan terikut-ikut dengan rentak kelompok tertentu yang menentukan pelantikannya, jika proses berkenaan turut membabitkan Yang Berhormat atau ahli politik,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Exco Terengganu dijangka didakwa esok kes salah guna jawatan

Next Post

Kongsi gelap dan ancaman keselamatan negara

Related Posts