Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid meninggal dunia

BANGI, 1 RAMADAN – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan rasmi keluarga. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai punca kematian Allahyarham belum didedahkan, lapor Astro Awani.

Difahamkan, jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan urusan pengebumian dijangka dilaksanakan selepas solat Asar.

Allahyarham dikenali atas sumbangan besar beliau terhadap sistem kehakiman negara serta peranannya dalam memperkukuh integriti dan tadbir urus badan kehakiman Malaysia sepanjang kerjaya perkhidmatannya.

Dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi sebelum melanjutkan pelajaran menengah di St. Xavier’s Institution. 

Allahyarham kemudiannya memperoleh Ijazah Perundangan dari Universiti Singapura pada 1969.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman sebagai Majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak. Sepanjang perkhidmatan, beliau turut menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi serta Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

Allahyarham dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun, sekali gus memimpin institusi kehakiman negara pada peringkat tertinggi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan main naratif minoriti ditindas, tegas Presiden ISMA

Next Post

“Tak boleh pacak kuil atau berhala di mana tempat saja” – PM

Related Posts